Home

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Biasiswa
1.Biasiswa yang dibiayai oleh Kementerian Taiwan

Biasiswa Kementerian Pelajaran Taiwan
●Ijazah Sarjana Muda : NT$ 15,000 setiap bulan dan yuran sampingan diperuntukan, tempoh menerima biasiswa maksimum empat tahun.
●Ijazah Sarjana: NT $ 20,000 setiap bulan dan yuran sampingan diperuntukan tempoh menerima biasiswa maksimum dua tahun.
●Falsafah Kedoktoran: NT $ 20,000 setiap bulan dan yuran sampingan diperuntukan, tempoh menerima biasiswa maksimum empat tahun.
●Tempoh Permohonan: 1 Februari hingga akhir bulan Mac.
●Jabatan berkenaan dengan Permohonan : Pemohon dikehendaki memohon melalui pejabat perwakilan ROC di luar negara yang ditempatkan di negara kewarganegaraan pemohon.
*Perhatian: Pelajar menghenti atau dipesat semasa semester harus mengikut peraturan dengan membuat bayaran yuran sampingan semester tersebut.
Biasiswa Kementerian Luar Negera Taiwan
●Ijazah Sarjana Muda: NT $ 30,000 setiap bulan, tempoh menerima biasiswa maksimum empat tahun, penerima biasiswa harus membuat membayar yuran pendaftaran terlebih dahulu sebelum mendapat kelayakan untuk menerima biasiswa tersebut.
●Ijazah Sarjana: NT $ 30,000 setiap bulan, tempoh menerima biasiswa maksimum dua tahun, penerima biasiswa harus membuat membayar yuran pendaftaran terlebih dahulu sebelum mendapat kelayakan untuk menerima biasiswa tersebut.
●Falfasah Kedoktoran: NT $ 30,000 setiap bulan, tempoh menerima biasiswa maksimum empat tahun, penerima biasiswa harus membuat membayar yuran pendaftaran terlebih dahulu sebelum mendapat kelayakan untuk menerima biasiswa tersebut.
●Tempoh Permohonan: 1 Februari hingga akhir bulan Mac.
●Jabatan berkenaan dengan Permohonan : Pemohon dikehendaki memohon melalui pejabat perwakilan ROC di luar negara yang ditempatkan di negara kewarganegaraan pemohon.

Sebarang pertanyaan:Hal Ehwal Pelajar, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa
Tel : 886-2-77341271
E-mail: intlntnu@gmail.com     Laman web berkenaan

2.Biasiawa Pelajar Antarabangsa baru NTNU

Biasiswa ini ditawarkan sempena dasar kerajaan untuk pengambilan pelajar antarabangsa, dengan matlamat menambahkan pengambilan pelajar cemerlang antarabangsa untuk mengikuti ijazah sarjana muda di NTNU dan menyahut seruan globalisasi.

Kelayakan Pemohon:Pelajar baru antarabangsa yang berjaya mengikuti mana-mana program di NTNU dan tidak menerima biasiswa lain.

Jenis biasiswa

(1)Biasiswa Pelajar Baru:
1.NTD 15,000 bagi setiap prasiswazah, dan NTD 10,000 bagi setiap pascasiswazah.
2.Diberi secara ansuran, NTD 15,000 sebulan bagi setiap prasiwazah,dan NTD 10,000 sebulan bagi setiap pascasiswazah, dalam tempoh sepanjang 10 bulan. Biasiswa akan decabut balik jikalau terdapat istilah-istilah seperti yang disenaraikan: tidak mendaftarkan kemasukannya, menghentikan pelajarannya semasa semester, dipecat atau dicatatkan dengan sebarang rekod masalah disiplin.

(2)Pengecualian Bayaran Yuran Sampingan
1、Dikecualikan dalam pembayaran yuran Tuisyen Ijazah Sarjana Muda tetapi tidak termasuk yuran sampingan.
2、Dikecualikan dalam pembayaran yuran Tuisyen Ijazah Sarjana tetapi tidak termasuk yuran sampingan.
3、Biasiswa akan decabut balik jikalau terdapat istilah-istilah seperti yang disenaraikan: tidak mendaftarkan kemasukannya, menghentikan pelajarannya semasa semester, dipecat atau dicatatkan dengan sebarang rekod masalah disiplin.

Tempoh permohonan :berserta dalam borang permohonan kemasukan

Penilaian : setiap calon dipilih oleh kursus masing-masing, senarai nama, borang permohonan serta maklumat berkaitan akan disemak dan dihantar ke hal ehwal antarabangsa untuk urusan selanjutnya.
Biasiswa Pelajar Baru Antarabangsa dan Penekanan Pelepasan Bayaran Yuran Sampingan http://www.ntnu.edu.tw/oia/image/download.gif
Borang Permohonan Biasiswa Pelajar Baru Antarabangsa http://www.ntnu.edu.tw/oia/image/download.gif

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa
Tel: 886-2-77341271
E-mail: intlntnu@gmail.com

 


3. Biasiswa Pelajar Antarabangsa NTNU

Tujuan : Biasiswa Pelajar Antarabangsa NTNU ditubuhkan bermatlamat untuk memberi ganjaran kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang dalam pelajarannya.

•Amaun biasiswa: NT$ 10,000(US$313)sebulan bagi setiap orang, tempoh sepanjang 6 bulan. Tempoh pemberian biasiswa adalah dari Januari – Jun dan Julai – Disember.
•Kelayakan:
a) Prasiswazah yang mendaftar sekurang-kurangnya 16 jam kredit setiap semester dengan markah purata 70 ke atas dan berkelakuan baik.
b) Pascasiswazah yang mendaftar sekurang-kurangnya satu subjek setiap semester dengan markah purata 80 ke atas dan berkelakuan baik atau mengetuai projek penyelidikan yang dicadangkan oleh professor (Permohonan dengan kaedah ini hanya akan dilayani buat satu kali sahaja).
•Cara permohonan: dua kali setahun,sila lengkapkan borang permohonan bersertakan dengan slip keputusan semester sebelumnya dan bukti menerima biasiswa universiti dalam akhir semester tersebut dalam tempoh dua minggu permulaan semester baru dan membuat permohonan dengan pejabat program yang diikuti masing-masing.
Cara Biasiswa Pelajar Antarabangsa NTNUhttp://www.ntnu.edu.tw/oia/image/download.gif
Borang permohonan Biasiswa Pelajar Antarabangsa NTNUhttp://www.ntnu.edu.tw/oia/image/download.gif

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa, Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa
Tel: 886-2-77341271
E-mail: intlntnu@gmail.com