Home

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


  • Makan & Minum
  • Pertembungan pelbagai budaya dari serata dunia di Taiwan menjadikan Taiwan sebuah Negara yang kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan seperti masakan ala barat dan masakan ala timur tengah. Terdapat lebih 10 kafeteria di kampus Induk NTNU. Antara kafeteria-kafeteria tersebut, Wen Hui Ting (¤åîPÆU ), Baifu and Le zhi Lou (Fortune Plaza) mendapat sambutan yang baik di kalangan mahasiswa. Selain itu, di sebelah penginapan kampus Induk NTNU beradanya pasar malam yang terkenal di Bandar pusat Taipei iaitu Long-Quan Street Night Market, di sana terdapat makanan dari luar Negara dan makanan tradisional tempatan, menjaja di kaki lima ataupun dalam kedai. Pasar malam ini penuh dengan pilihan makanan yang berbagai-bagai jenis dan rasa dengan harga yang berpatutan. Kemeriahan semakin terasa terutamanya pada hujung minggu.


  • Sukan
  • Aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru, NTNU sangat komited dalam memberikan kemudahan sukan yang terbaik dan bertaraf dunia kepada seluruh warganya dengan membina sebuah kompleks sukan, padang sukan dan sebuah komplek renang. Padang sukan terdiri daripada acara trek dan balapan , gelanggang bola keranjang, bola tampar dan tenis. Padang ini sering menjadi tumpuan para pelajar yang aktif bersukan.Di samping itu, NTNU juga memiliki kolam renang bersaiz olimpik, kolam renang bersaiz kecil , kolam SPA, bilik sauna dan stim. Selain itu, NTNU turut memiliki kompleks sukan yang dilengkapi dengan bilik-bilik Gimnastik dan aerobik, bilik kecergasan, gelanggang ping-pong dan sebgainya.

  • Persatuan & Kelab
  • Kecermerlangan pelajar yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum amat dititikberatkan. Justeru, lebih daripada 100 persatuan dan kelab ditubuhkan di NTNU. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang beraneka jenis menwarnakan kehidupan pelajar di NTNU.

  • Kesenian & Kebudayaan
  • Fakulti Kesenian di NTNU merupakan salah satu fakulti yang bersejarah panjang dan mencapai pencapaian yang unggul dalam pendidikan kesenian di Negara Taiwan. Kebanyakan seniman-seniman yang terkenal pernah dijadikan pensyarah di NTNU. Dengan sebab ini, NTNU merupakan pusat kesenian yang unggul antara Negara Taiwan dan merupakan tempat permulaan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian di Negara Taiwan. Perayaan kesenian NTNU merupakan salah satu acara tahunan di NTNU. Pertembungan dan pengabunggan seni rupa, muzik, fotografi dan persembahan drama menwarnakan perayaan ini dan menjadikan perayaan ini disambut meriah di kalangan pelajar setiap tahun. Turut serta masyarakat dalam perayaan ini mencapai matlamat NTNU dengan melibatkan masyarakat dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Fenomena ini merupakan salah satu keistimewaan NTNU.

  • Persembahan Seni Kesukanan

  • Persembahan Seni Kesukanan NTNU yang dilansungkan pada awal setiap tahun merupakan salah satu persembahan yang digemari dan disambut dengan tidak tersabar-sabar oleh pelajar-palajar di NTNU. Ia menunjukkan penggabungan ketegasan seperti dalam acara taekwondo dan keanggunnan dalam tarian dengan memprestasikan intipati kesukanan sepenuhnya. Persembahan ini merupakan tradisi NTNU.

  • Membeli-belah
  • Disebabkan lokasi kampus induk dan kampus Gong Guan yang berdekatan dengan pasar malam, terdapat banyak gerai-gerai, kedai-kedai pakaian dan kedai-kedai runcit. Selain itu, kedai serbaneka 24 jam, pasar raya, pasar tradisional, kedai buku dan lain-lain juga berada di kawasan berdekatan dengan kampus NTNU.

  • Gender Equity Education Act

  •