Home

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Pengenalan Ringkas NTNU
  •   Ditubuhkan sejak tahun 1946, dengan nama Taiwan Sheng Li Shi Fan Xue Yuan, merupakan sebuah maktab perguruan yang bertujuan untuk menghasilkan insan guru yang cemerlang bagi sekolah menengah di Negara Taiwan. Melalui penstrukturan semula pada tahun 1947, NTNU dikenali sebagai National Taiwan Normal University sehingga kini. Selepas akta perguruan dikuatkuasakan pada tahun 1994, penyusuan semula kursus-kursus di NTNU diselaraskan. Selain daripada menambah program-program baru, NTNU giat dalam melaksanakan dasar pengantarabangsaan dan mengalu-alukan pelajar-pelajar dari seluruh dunia untuk belajar di NTNU. Sehingga kini, NTNU mengadakan program antarabangsa perkongsian dengan universiti-universiti dari seluruh dunia (melebihi 250 buah univeristi turt serta dalam program antarabangsa perkongsian dengan NTNU), termasuklah China, Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Belanda, Poland, Romania, Austria, Jepun, Korea,New Zealand, Australia,dan lain-lain. Pada bulan Julai 2011, rangkaian kedudukan antara universiti-universiti dari seluruh dunia (Webometrics Rankings of World Universities), NTNU berjaya tersenarai di tempat ke-17 antara universiti di Asia dan tempat ke-176 antara universiti di seluruh dunia. Sehingga kini, melebihi 3000 orang mahasiswa-mahasiawa antarabangsa telah mendaftar di NTNU (termasuk pelajar di Pusat Pengajaran Bahasa), NTNU merupakan sebuah universiti berglobalisasi dan berdiversi.

      NTNU dibahagikan kepada 3 campus : kampus induk, kampus cawangan Gong Guan (Fakulti Sains) dan Kampus cawangan Lin Kou. Antara Fakulti-fakulti di NTNU termasuk: Pendidikan, Kesusasteraan, Sains, Kesenian, Muzik, Teknologi, Pengurusan, Olahraga dan Rekreasi,Hal-ehwal Antarabangsa dan Sains Kemasyarakatan dengan sejumlah 10 Fakulti dengan 58 program akademik. Antara 58 program ini, terdapat 49 program menerima permohonan dari pelajar-pelajar luar Negara untuk mengikuti pengajian.

      NTNU mempunyai 18 buah Unit Penyelidikan dan Pusat Pengajian dan Pembelajaran. Antaranya, Pusat Pengajian Bahasa Cina yang ditubuhkan sejak tahun 1956, merupakan salah sebuah pusat pengajian dan pembelajaran yang bersejarah panjang di NTNU. Selain itu, Pusat Pengajian Bahasa Cina merupakan pusat pengajian bahasa cina sebagai bahasa kedua yang terunggul dan terkenal di Negara Taiwan. Pusat Pengajian Bahasa Cina menawarkan kursus-kursus yang berkenaan dengan bahasa, kesusateraan dan kebudayaan Cina setiap semester (sepanjang 3 bulan). Kursus-kursus yang ditawarkan dimantap sesuai dengan kehendak para pelajar yang berasal dari 60 lebih buah Negara di serata dunia.

    Bilangan mahasiswa, Pengajar dan Kakitangan Pentadbiran NTNU

    Jumlah siswazah   

    10893

    Prasiswazah         

    6651

    Pascasiswazah         

    4242

    Pensyarah (masa penuh)

    853

    Pensyarah (masa sambilan)

    491

    Kakitangan Pentadbiran

    555


  • Infrastruktur dan kemudahan
  • Perpustakaan, makmal komputer, rangkaian capaian Internet secare Wireless dalam kampus, bilik mesyuarat dan persidangan, kemudahan sukan, penginapan dan tempat persinggahan bagi tetamu kehormat dan pelawat, kafeteria-kafeteria dan kedai serbaneka, pusat kesihatan, pejabat pos, perbankan dan lain-lain.

  • Arah Panduan ke NTNU

    Kampus Induk (Kampus Induk dan Pusat Pentadbiran)
    Alamat :No.162, Sec. 1, He Ping East Road, Da An Distrct, Taipei City 10610
    Taipei Metro: Stesen Gu Ting (jalan selama 5 minit kea rah timur dari stesen Guting)
    Bas awamG3B15B18B74B235B237B254B278B907 ]Perhentian bas NTNU^

    Kampus Cawangan Gong Guan]Fakulti Sains^
    Alamat :No.88, Sec.4, Tingzhou Rd., Taipei City, 10670
    Taipei Metro: Stesen Gong Guan(jalan selama 10 minit kea rah selatan dari stesen Guting)
    Bas awamG0 selatan, hijau 13B30B74B109B36B251B252B253B278B284B290B530B606B623B624B644B647B648B650B660 ]Perhentian bus Kampus cawangan NTNU^

    Kampus Cawangan Lin Kou]Fakulti Hal-ehwal Antarabangsa, jauh kira-kira 35 minit dari kampus Induk secara memandu^
    Alamat : No.2, Sec.1, Ren Ai Rd., Linkou District, New Taipei City, 244. Linkou
    Bas awam:a)Stesen Utama Taipei(Taipei Main Station) > Kampus Lin Kou]dengan Syarikat bas express San Chong^
    [naik] Pintu utara Pusat Bandar Taipei]Jalan Ta Cheng^ menaiki jaringan Taipei Gong Xi (melalui Lin Kou)
    [Turun] Turun dari Perhentian bas Lin Kou dan jalan selama 20 minit dari perhentian bas

    b)Tao Yuan > Kampus Lin Kou
    [naik] Pusat Perhentian Bas Taoyuan menaiki jaringan Tao Yuan Lin Kou(melalui Nan Kan dan Gong Xi)
    [turun] Turun dari Perhentian bas Lin Kou dan jalan selama 20 minit dari perhentian bas
    c)Ban Qiao > Kampus Lin Kou
    [naik] Stesen Keretapi Ban Qiao menaiki kenderaan awam dari Ban Qiao ke Gong Xi, tiba kira-kira 30 atau 40 minit.
    [turun] Turun dari Perhentian bas Lin Kou dan jalan selama 20 minit dari perhentian bas
    Teksi : Bayaran tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tao Yuan ke Kampus Lin Kou kira-kira NTC800-NTC900 Perkhidmatan bas kampus untuk menghubungkan kampus Induk dengan kampus-kampus cawangan disediakan oleh pihak university. Bayaran dan jadual perkhidmatan sila rujuk laman web rasmi Pusat Perkhimatan Am NTNU (Info Pelayanan > Transportasi Umum dan Mobil)



  •